Pertandingan Explorace ICT & Advokasi

9 September 2018 | Aktiviti Terkini

Pada 8 September yang lalu, Pi Bukit Tandak telah mengadakan explorace ICT dan Advokasi sempena dengan bulan Kemerdekaan dan Hari Malaysia untuk remaja 15 tahun keatas. Seramai 14 orang yang terlibat iaitu peserta dari pusat tahfiz darul Riyadh Gual Tinggi Rantau Panjang. Program ini berlangsung dari jam 9.30pagi hingga 4.30petang. Peserta juga diberi penerangan mengenai cara permainan dan taklimat Klik dengan Bijak.

• Peserta dibahagikan kepada 4 kumpulan dimana setiap kumpulan terdiri daripada 4 orang.
• Untuk menamatkan pertandingan Explorace KDB ini, peserta haruslah mengharungi 4 jenis permainan yang berbeza iaitu typing Miscosoft Word bertajuk kemerdekaan, Perdana Menteri Puzzle, Kuiz Kemerdekaan dan teka-teki Negara Asean dan Negeri di Malaysia.
• Setiap ahli kumpulan haruslah bekerjasama dengan baik dan mana-mana ahli kumpulan menipu dalam permainan ini, kumpulan tersebut akan ditamatkan daripada bertanding.

Dengan adanya program seperti ini, staff PI dapat mempromosikan aktiviti PI dan produk dengan lebih menyeluruh.

Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan:

Kembali

Kembali Ke Atas